Terma Sewaan

Terma sewaan, kawasan liputan, sewaan lebih masa dan sebagainya.

Dokumen yang diperlukan untuk penyewaan kereta

Ini adalah dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses sewa kereta bersama kami.

Terma sewaaan kereta bersama Ridas Rizqy Travels

  1. Umur minimum untuk penyewa kereta ialah 21 tahun.
    (Semua pemandu mesti memiliki Lesen Memandu Kelas D Malaysia yang sah dan terkini.)
  2. Penyewa dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah atau melanggar mana-mana undang-undang Malaysia.
  3. Syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa yang tidak patuh, dan laporan polis akan dibuat.
  4. Mana-mana kerosakan atau kecacatan pada bahagian dalam atau luar kereta sewaan semasa tempoh penyewaan akan dikenakan caj RM50.00 (minimum) hingga RM2,500.00 (maksimum) kepada penyewa.
  5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menukar atau mengambil mana-mana bahagian kereta sewaan. Laporan polis akan dibuat sekiranya peraturan ini dilanggar.
  6. Sebarang denda atau penalti dari pihak berkuasa semasa tempoh penyewaan adalah tanggungjawab pemandu / penyewa.
  7. Deposit sebanyak RM100.00 diperlukan untuk kereta biasa, RM300 untuk Starex dan Vellfire, dan RM500 untuk Alphard. (tertakluk kepada syarikat).
  8. Syarikat hanya akan membenarkan tempahan kenderaan dibuat selepas menerima deposit.
    Sebarang pembatalan tempahan akan menyebabkan kehilangan deposit.
  9. Deposit akan dikembalikan semasa pengembalian kenderaan.
  10. Sebarang sambungan tempoh penyewaan mesti dimaklumkan kepada syarikat lebih awal.
  11. Insurans perjalanan percuma hanya apabila menyewa 6 hari keatas sahaja.
  12. Kereta sewaan tidak dibenarkan untuk keluar dari destinasi yang ditetapkan. (perlu beritahu kepada syarikat terlebih dahulu)

Lokasi liputan kereta sewa

Servis kereta sewa kami merangkumi kawasan Bandar Saujana Putra, Cyberjaya dan Putrajaya.

Menyewa melebihi had waktu

  1. Pemulangan kenderaan selepas waktu operasi pejabat adalah rm10 satu jam.
  2. Manakala kenderaan MPV adalah rm 50 satu jam.

Perkara yang anda perlu tahu

Ini adalah Standard Operation Procedure (SOP) yang anda perlu tahu untuk penyewaan kenderaan bersama Ridas Rizqy Travel.

Proses mendapatkan kereta sewa

Tempah kereta sewa anda dengan mudah dan pantas. Semua urusan melalui WhatsApp.

Langkah #1

WhatsApp kami untuk tempahan

Pilih kereta yang anda ingin sewa dan tekan butang WhatsApp dibawah kereta tersebut.

Langkah #2

Berikan maklumat berkaitan

Berikan maklumat berkaitan seperti nama, jenis kereta dan salinan dokumen yang diperlukan.

Langkah #3

Penghantaran kereta

Kami akan hantar kereta kepada anda. Servis penghantaran rumah hanya dibuka untuk kawasan Bandar Saujana Putra dan Cyberjaya sahaja.

Langkah #4

Pemulangan kereta

Setelah selesai, sila maklumkan kepada kami dan kami akan datang mengambil kereta itu semula daripada pihak penyewa.

Scroll to Top